Tokoh terkemuka dari Islam kiri ialah Hasan Hanafi. Islam kiri mendakwa mereka adalah suara kaum tertindas. Antara intipati ajaran aliran ini ialah:
- Mereka mengatakan bahawa tidak perlu lagi umat Islam ini disibukkan dengan mencari hujah tentang keesaan Allah.
Kerana, ajaran syirik (fahaman yg mengatakan Tuhan banyak) telah dengan sendirinya runtuh. Sekarang ini apa yg perlu diperjuangkan ialah umat itu sendiri. Mereka perlu dibebaskan dari kemiskinan, kebodohan, penindasan dan penjajahan.
-Islam kiri selari dengan Muktazilah yang menghadirkan revolusi akal, dunia, alam dan kebebasan manusia.
- Mereka beranggapan bahawa golongan Asya’irah yang selama ini dipegang oleh majoriti kaum Muslimin sebagai penyebab kepada kemunduran umat Islam selama 9 abad. Aliran Asya’irah menyebabkan pemikiran agama berat sebelah.
- Islam kiri menolak sufisme malah memandangnya sebagai musuh. Pada anggapan mereka salah satu dari penyebab kemunduran umat Islam adalah pemujaan kaum sufi.
- Dalam ilmu hadith, prioriti yg mereka gunakan ialah kritik matan daripada sanad. Islam kiri menentang peradaban barat dan berusaha menggantikannya.
- Islam kiri berusaha mengembalikan kualiti umat dengan:
i. Mewujudkan keadilan sosial,
ii. Membangunkan masyarakat bebas dan demokratis,
iii. Membebaskan palestin dan mengusir kolonialisme dari dunia Islam,
iv. Membangun kesatuan Islam yg menyeluruh,
v. merumuskan tindakan nasional dari pengaruh super power,
vi. Mendukung revolusi kaum tertindas. Revolusi mereka adalah revolusi Islam.
- Mereka mengatakan bahawa para Nabi adalah para revolusioner. Revolusi tauhid dibawa oleh Nabi Ibrahim. Revolusi roh oleh Nabi Isa. Revolusi orang miskin dan orang-orang malang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.
Untuk penjelasan lanjut mengenai pemikiran Islam kiri Hasan Hanafi, sila rujuk bukunya: Al-Yasar Al-Islamiyy Kitabat An-Nahdha Al-Islamiyyah.
———
Apa yang menarik mengenai Islam kiri ialah apa yang dikatakan oleh Hasan Hanafi “Islam kiri menyepakati lima prinsip Muktazilah (Usul Al-Khamsah). Dan berusaha menghidupkan kembali prinsip Muktazilah setelah ia tenggelam pada abad ke-5 hijrah, semenjak Al-Ghazali menyerang ilmu-ilmu rasional dan dominasi tasauf yang berganding dengan aliran Asya’irah hingga masa gerakan reformasi Islam.”
Katanya lagi:
“Kita mendokong Muktazilah kerana kita mengembangkan rasionalisme, kebebasan, demokrasi dan eksplorasi alam.”
Lagi katanya:
“Untuk pengembangan rasionalisme Islam, kita mengkaji seluruh pemikiran alternatif sebagaimana pernah kita lakukan dahulu pada zaman keemasan, abad ke-4 Hijrah.
Sehingga Asy’arisme tidak lagi membelenggu kita selama sembilan abad, bahkan hingga kini. Seolah-olah Asy’arisme menjadi satu-satunya pemikiran keagamaan dalam tradisi kita. Padahal, terhentinya pemikiran yang menyelimuti kita semenjak abad ke-7 merupakan tanggungjawab dari dominasi pemikiran Asya’irah, kerana ia berubah menjadi ideologi politik. Keluar dari Asya’irah bererti kafir dan pengkhianat.”
Kazuo Shimogaki telah melakukan telaah secara kritis mengenai aliran pemikiran Hasan Hanafi ini. (Lihat Kiri Islam, Kazuo Shimogaki, LKis)
Tentang serangan Hasan Hanafi ke atas Al-Ghazali yang dikatakan telah menyerang ilmu-ilmu rasional, Kazuo Shimogaki mengatakan bahwa yg diserang oleh Al-Ghazali bukanlah ilmu-ilmu rasional, tetapi orang-orang yang menyalahgunakan kajian ilmu-ilmu rasional.
Dalam masalah ini beliau menganggap Hasan Hanafi tidak menyiasat betul-betul tentang latar belakang sejarah.
Kata Kazuo Shimogaki lagi, tuduhan Hasan Hanafi yang mengatakan bahawa Asya’irah sebagai anti rasionalisme, adalah tidak benar. Kerana Asya’irah bukanlah anti rasional, tetapi mengetengahkan ketidak-sempurnaan akal dan adanya pengetahuan ghaib.
Allahu a’lam bisshawab.
- Al-Ahkam
No comments:
Post a Comment